Free Web Counters
Sierra Trading Post Coupon

GEMPITA SELEMPANG KUNING: AL FATIHAH : SEDEKAH KAN LAH PADA MEREKA YANG TELAH PERGI.....

Ahad, 20 September 2009

AL FATIHAH : SEDEKAH KAN LAH PADA MEREKA YANG TELAH PERGI.....


 PETIKAN INI MILIK: UTUSAN ONLINE



DALAM NEGERI

Niat beraya di kampung tak kesampaian

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sepatutnya hari ini kepulangan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Azizi Sejeli ke kampungnya di Kuching, Sarawak, disambut dengan air mata kerinduan setelah sekian lama tidak berkesempatan pulang beraya.
Namun, semua itu tidak akan menjadi kenyataan. Yang tumpah sebaliknya sudah pasti air mata kesedihan kerana yang pulang hanyalah jenazahnya.
Azizi, 23, yang bertugas di Cawangan Pentadbiran Kem TUDM Bukit Ibam di Kuantan, Pahang, maut dalam satu kemalangan di bulatan Mawar, Ampang dekat sini kira-kira pukul 5 pagi ini.
Apa yang menyedihkan, mangsa yang berpangkat Laskar Udara itu sepatutnya menaiki penerbangan pulang ke Kuching tengah hari ini. Dia menginap di rumah keluarga angkatnya di Ampang sementara menunggu masa berlepas.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan baru selesai bersahur selepas membeli-belah di ibu kota dan sedang dalam perjalanan ke rumah keluarga angkatnya itu.
Azizi yang menaiki motosikal juga ditemani dua lagi rakannya yang mengekori dari belakang.
Apabila melalui tempat kejadian, tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Wira hitam yang dipercayai dipandu laju dari arah bertentangan di bulatan tersebut.
Insiden itu menyebabkan mangsa cuba mengelak, namun hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi penghadang jalan. Akibat pelanggaran itu, dia tercampak kira- kira enam meter.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussain Che Omar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi cawangan polis trafik Ampang Jaya di talian 03-42966937. Pemandu kereta Wira yang terlibat dalam kemalangan itu menghilangkan diri selepas kejadian.
Mayat Azizi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan jenazahnya dihantar pulang ke Sarawak pukul 8.20 malam ini.





PETIKAN INI JUGA MILIK: UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

 
DALAM NEGERI

Suami maut dipanah petir depan isteri




TELUK INTAN 19 Sept. - "Hari raya mungkin Ahad ini, entah sempat atau tidak kita jumpa nanti," kata Johari Salamat kepada Jamaliah Ahmad, sambil memegang tangan isterinya itu.
Ketika itu, kedua-duanya sedang menabur benih padi di sawah mereka di Sungai Kerang dekat sini dalam keadaan cuaca mendung.
Pasangan suami isteri itu kemudiannya terus menyambung kerja. Malangnya tiba-tiba petir berdentum kuat dekat tempat mereka sedang bekerja dan mengenai Johari.
Kesan panahan petir kira-kira pukul 4.45 petang itu menyebabkan Johari, 35, terbaring di tengah sawah dengan paha kiri dan dadanya cedera.
Jamaliah, 35, tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat suaminya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya.
"Semasa menabur benih padi, dia pegang tangan saya dan bertanya, Ahad mungkin raya, dapatkah kita berjumpa di hari raya nanti?
"Saya tidak sangka rupa-rupanya itu petanda dia hendak pergi meninggalkan saya," katanya tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di rumahnya di Sungai Kerang hari ini.
Menurut Jamaliah, arwah suaminya juga sempat memuji keenakan kuih baulu yang dibuatnya sebelum kejadian tersebut.
Peristiwa yang berlaku di depan matanya itu meninggalkan trauma kepada dirinya apatah lagi dalam suasana menyambut hari raya.
"Sukar untuk meneruskan hidup tanpa orang tersayang, tambahan pula tak lama lagi sudah hendak raya," katanya yang belum dikurniakan cahaya mata.


AND SO NADRAKARDAN SPEAKS.

KENAPA ADA MANUSIA YANG SANGGUP MENDERHAKA HANYA KERANA MENGEJAR KUASA YANG BUKAN MILIKNYA LAGI?

Apa la nak jadi sekarang ni. Dah pandai mintak izin untuk menderhaka. Lepas ni nak mintak izin apa lak? Nak mintak izin jadi SULTAN lak ke?

Pengikut

Arkib Blog