Free Web Counters
Sierra Trading Post Coupon

GEMPITA SELEMPANG KUNING: APA CERITA INI? KEJAP BINCANG ISU AGAMA, MELAYU...KEJAP BINCANG TUGAS EXCO.... YANG MANA SATU?...

Ahad, 6 September 2009

APA CERITA INI? KEJAP BINCANG ISU AGAMA, MELAYU...KEJAP BINCANG TUGAS EXCO.... YANG MANA SATU?...

PETIKAN INI DIAMBIL DARI : UTUSAN MALAYSIA ONLINE.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri
DALAM NEGERI

Hassan menghadap sultan bincang isu agama, Melayu

SHAH ALAM 5 Sept. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memanggil menghadap Exco kerajaan negeri, Datuk Dr. Hassan Ali di Istana Kayangan di sini bagi mendapatkan penjelasan isu-isu berkaitan agama Islam dan masyarakat Melayu di negeri ini termasuk isu penjualan arak.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu tiba di istana negeri kira-kira pukul 11 pagi ini menaiki kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri.
Beliau menghadap Sultan Sharafuddin lebih tiga jam dan dilihat keluar dengan kenderaannya dari perkarangan istana kira-kira pukul 2.25 petang.
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditanya tentang pertemuan itu berkata, beliau mengetahuinya selepas dimaklumkan oleh Sultan Sharafuddin dan Hassan sendiri.
Beliau berkata, pertemuan itu dibuat atas permintaan Hassan yang mahu menerangkan kepada baginda tentang usaha-usaha yang telah dilakukan dari segi pembangunan agama Islam dan masyarakat Melayu di negeri ini.
"Hassan juga mungkin akan membangkitkan mengenai isu penjualan arak serta isu kuasa jawatankuasa masjid yang hangat diperkatakan.
"Turut mungkin dibincangkan ialah mengenai peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), peranan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan peranan kerajaan negeri dalam perkara ini," kata beliau kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, pertemuan tersebut tidak akan membincangkan isu kuil yang sedang hangat diperkatakan pada masa ini.
Sementara itu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi pemberita mengesahkan Hassan telah datang mengadap Sultan Sharafuddin pagi ini.
Beliau berkata, pertemuan itu hanya untuk membincangkan tugas-tugas harian Hassan sebagai Exco.



AND SO NADRAKARDAN SPEAKS.

KENAPA ADA MANUSIA YANG SANGGUP MENDERHAKA HANYA KERANA MENGEJAR KUASA YANG BUKAN MILIKNYA LAGI?

Apa la nak jadi sekarang ni. Dah pandai mintak izin untuk menderhaka. Lepas ni nak mintak izin apa lak? Nak mintak izin jadi SULTAN lak ke?

Pengikut

Arkib Blog