Free Web Counters
Sierra Trading Post Coupon

GEMPITA SELEMPANG KUNING: KETAWA BESAR KOMUNIS.... TANAH AIRKU BAHAN GURAUAN....

Selasa, 8 September 2009

KETAWA BESAR KOMUNIS.... TANAH AIRKU BAHAN GURAUAN....

KOMUNIS SAMAN TANAH MELAYU
 PETIKAN  DIAMBIL DARI:




MAHKAMAH

Kes batal saman fitnah Chin Peng 30 Sept.

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Permohonan untuk membatalkan saman fitnah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan pengikut pertubuhan yang telah dibubarkan itu terhadap kerajaan Malaysia akan didengar pada 30 September ini.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Nazri Ismail menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar pengurusan kes itu di kamar beliau petang ini.
Sekiranya permohonan kerajaan untuk membatalkan saman Chin Peng ditolak maka mahkamah akan terus mendengar merit saman tersebut pada hari yang sama.
Nazri turut menetapkan 10 September ini bagi lanjutan pengurusan kes tersebut.
Pada prosiding hari ini, kerajaan Malaysia diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh dan Peguam Persekutuan, Wan Roslan Wan Ismail sementara peguam Chan Kok Keong mewakili Chin Peng selaku plaintif.
Dalam writ saman yang difailkan pada 8 Jun 2005 di Ipoh, Perak, Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, 85, yang mewakili dirinya dan pengikutnya menamakan kerajaan Malaysia selaku defendan.

AND SO NADRAKARDAN SPEAKS.

KENAPA ADA MANUSIA YANG SANGGUP MENDERHAKA HANYA KERANA MENGEJAR KUASA YANG BUKAN MILIKNYA LAGI?

Apa la nak jadi sekarang ni. Dah pandai mintak izin untuk menderhaka. Lepas ni nak mintak izin apa lak? Nak mintak izin jadi SULTAN lak ke?

Pengikut

Arkib Blog