Free Web Counters
Sierra Trading Post Coupon

GEMPITA SELEMPANG KUNING: `SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT'....BENARKAH.....ATAU SANDIWARA....

Isnin, 14 September 2009

`SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT'....BENARKAH.....ATAU SANDIWARA....

PETIKAN MILIK: UTUSAN ONLINE 

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

 

'Suara rakyat suara keramat'

Oleh HAMDEN RAMLI

TAWAU 13 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin adil perlu menjaga kepentingan semua rakyat dan bukannya hanya menjaga kumpulan penyokong atau ahli parti sahaja.
Beliau berkata, hakikat itu perlu menjadi pegangan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, yang menjadi penentu jatuh bangun pemimpin adalah rakyat.
"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat.
"Sebagai Presiden UMNO, saya boleh mempertahankan jawatan kalau saya menjaga 2,500 perwakilan tetapi saya tidak mahu semata-mata menjaga 2,500 perwakilan UMNO.
"Sebaliknya, saya mahu menjaga 27 juta rakyat Malaysia dan saya harap ini menjadi sikap pemimpin kita di semua peringkat," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Kauthar di sini hari ini.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan Kabinet Sabah.
Najib berkata, beliau berharap semangat yang sama diikuti pemimpin di peringkat bawahan.
Katanya, ketua-ketua bahagian perlu memastikan kepentingan ribuan penduduk dan pengundi di kawasan mereka dan bukan sekadar memberi tumpuan terhadap cawangan sahaja.
"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa," katanya.
Najib turut memuji dan menyatakan kegembiraannya dengan kehadiran kira-kira 15,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat dan kaum pada majlis berbuka puasa hari ini.
Katanya, keadaan tersebut berbeza berbanding kebiasaan beliau berbuka puasa dengan pemimpin dan ketua jabatan tanpa penyertaan orang ramai dalam jumlah besar seperti itu.
"Saya gembira kerana saya tengok kiri, kanan dan depan, semuanya wajah rakyat. Inilah yang saya hasratkan apabila saya menyebut gagasan 1Malaysia," katanya.
Menyentuh kedudukan Sabah sebagai 'simpanan tetap' BN, Najib berkata, kekuatan itu perlu ditambah supaya kemantapannya terus berkembang dan tidak terbatas kepada keadaan sedia ada.

AND SO NADRAKARDAN SPEAKS.

KENAPA ADA MANUSIA YANG SANGGUP MENDERHAKA HANYA KERANA MENGEJAR KUASA YANG BUKAN MILIKNYA LAGI?

Apa la nak jadi sekarang ni. Dah pandai mintak izin untuk menderhaka. Lepas ni nak mintak izin apa lak? Nak mintak izin jadi SULTAN lak ke?

Pengikut

Arkib Blog