Free Web Counters
Sierra Trading Post Coupon

GEMPITA SELEMPANG KUNING: BACA DAN FAHAMI APA YANG TERSIRAT....

Khamis, 22 Oktober 2009

BACA DAN FAHAMI APA YANG TERSIRAT....


 
 PETIKAN DIAMBIL DARI UTUSAN ONLINE
 
 
 
 
BERITA UTAMA

11 kes Akta Komunikasi didakwa – Rais

CYBERJAYA 21 Okt. – Sebanyak 11 kes termasuk kes menghina Sultan Perak telah didakwa di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia membabitkan denda berjumlah RM24,500.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pendakwaan membabitkan enam kes (lapan individu) yang menghantar komen menghina Sultan Perak, tiga kes khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah dan masing-masing satu kes menghantar e-mel sumbang serta komen lucah.
‘‘Bagi kes menghina Sultan Perak, seorang tertuduh sudah mengaku salah di mahkamah dan telah didenda RM10,000 manakala tujuh yang lain masih menunggu perbicaraan.
‘‘Bagi kes SMS, e-mel dan komen lucah, semua tertuduh sudah mengaku salah dan dikenakan didenda antara RM1,800 hingga RM8,500,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri taklimat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan sesi memperkenalkan Pengerusi SKMM yang baru, Tan Sri Khalid Ramli yang dilantik pada 16 Oktober lalu menggantikan Datuk Dr. Halim Shafie.
Khalid yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari University of Southern California, Amerika Syarikat.
Dalam perkembangan lain, Rais berkata, syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan Internet tanpa wayar akan diberi peluang menyediakan perkhidmatan di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.
Rais berkata, ia bertujuan mewujudkan persaingan di kalangan syarikat pembekal agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Selain itu, kata beliau, SKMM perlu membuat kajian mengenai kos perkhidmatan teknologi maklumat di negara ini yang dikatakan tinggi berbanding negara jiran dan negara membangun lain.
‘‘Kita juga meminta SKMM membuat kajian cepat dan perakukan kepada kerajaan apa langkah-langkah yang perlu dibuat agar elemen-elemen kos itu dapat diturunkan,” katanya.
Menurutnya, tiga faktor utama iaitu kualiti, kelajuan dan kandungan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat pembekal yang tidak mengikut spesifikasi ke atas pelanggan juga harus dikaji.
Mengulas pelantikan Khalid, Rais berkata, kerajaan bersetuju melantiknya sebagai Pengerusi SKMM yang baru kerana kerajaan mahu beliau melakukan pembaharuan yang tidak dilakukan sebelum ini.

KENAPA ADA MANUSIA YANG SANGGUP MENDERHAKA HANYA KERANA MENGEJAR KUASA YANG BUKAN MILIKNYA LAGI?

Apa la nak jadi sekarang ni. Dah pandai mintak izin untuk menderhaka. Lepas ni nak mintak izin apa lak? Nak mintak izin jadi SULTAN lak ke?

Pengikut

Arkib Blog