Free Web Counters
Sierra Trading Post Coupon

GEMPITA SELEMPANG KUNING: TALAM DUA MUKA BUKAN NYER KUIH TALAM.....KUIH TALAM BOLEH DIMAKAN..... TALAM DUA MUKA...MEME NAK KENA LEMPANG....

Selasa, 13 Oktober 2009

TALAM DUA MUKA BUKAN NYER KUIH TALAM.....KUIH TALAM BOLEH DIMAKAN..... TALAM DUA MUKA...MEME NAK KENA LEMPANG....

PETIKAN INI MILIK :UTUSAN ONLINE



Pembangkang disifatkan talam dua muka


Najib Tun Razak bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional negeri menunjukkan tanda satu yang merujuk konsep '1Malaysia' sewaktu majlis perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin berkenaan di Pulau Pinang, semalam. - bernama


PULAU PINANG 12 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak yang mendakwa kononnya kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang menunjukkan parti itu mengiktiraf rasuah sebagai talam dua muka.
Beliau berkata, ramai ahli dalam pakatan pembangkang juga menghadapi masalah sama termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang dijatuhi hukuman oleh panel yang sama.
''Jangan lupa dalam pembangkang pun sama, Zaid diterima dengan hati terbuka oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), jadi jika mereka boleh menerima orang seperti Zaid, mengapa pula Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dijadikan sebagai isu besar," katanya.
Sebaliknya beliau berkata, Mohd. Isa telah pun menerima hukuman dan kesalahan yang dilakukannya itu juga bukan kesalahan jenayah tetapi melanggar etika parti.
''Malah di bawah perlembagaan negara, pesalah jenayah pun dibenarkan bertanding selepas lima tahun menjalani hukuman,'' katanya mengulas dakwaan kononnya kemenangan Mohd. Isa semalam menunjukkan bahawa BN mengiktiraf amalan rasuah seperti dilaporkan sebuah portal berita.
Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan anggota BN Pulau Pinang yang turut dihadiri Pengerusi BN negeri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman di sini hari ini.
Perdana Menteri juga berkata, Mohd. Isa adalah seorang yang setia kepada parti malah sangat popular di kalangan masyarakat di situ dan kesanggupan beliau berkhidmat kepada rakyat diterima baik oleh masyarakat.


AND SO NADRAKARDAN SPEAKS.

KENAPA ADA MANUSIA YANG SANGGUP MENDERHAKA HANYA KERANA MENGEJAR KUASA YANG BUKAN MILIKNYA LAGI?

Apa la nak jadi sekarang ni. Dah pandai mintak izin untuk menderhaka. Lepas ni nak mintak izin apa lak? Nak mintak izin jadi SULTAN lak ke?

Pengikut

Arkib Blog